Monday, June 27, 2011

Pokok..

Tersesat malu bertanya

Tak tahu tak tahu kemana

Terlalu banyak alasannya

ku terdiam

 

Menyusur dikaki lima

Terlihat bayang wajah kelmarin

Tersentuh hati bagai luruh

 

Tanya sama poko apa sebab goyang

Jawab angin yang goncang

Terbang burung terbang

Patah sayap diduga

Seandainya rebah

Kau masih ada

 

Terlalu mahu dan mahu

Terlupa apa yang perlu

Terlalu banyak alasannya

Duk terdiam

 

Tak mudah namun tak susah

Terserah atas pilihan

Tersentuh hati mula luruh

 

Tanya sama pokok apa sebab goyang

Jawab angin yang goncang

Terbang burung terbang

Patah sayap diduga

Seandainya rebah

Kau masih ada

Thursday, March 17, 2011

Cepatnya Masa Berlalu..

hmmmm..cpat nya masa berlalu..sedar x sedar dh hari khamis..mggu ni sgt2 sibuk dengan tadika..kena siapkan itu dan ini n boleh dikatakan mggu yg "tough"..sb hari2 kena "push" dgn keje..muke pun stress jer mggu ni..biasa nya xla stress sgt..xpe..itu smua dianggap cabaran besar..

Hari isnin..lukis plan untuk tempat baru..memang pening kepala..banyak nk kene fikir..keselesaan, kos dll..sgt2 penat..

Hari selasa..melawat tadika..ada perbincangan untuk mengindahkan tadika tersebut dan membaiki segala kerosakan dan kekurangan..oh ada "task" baru lg..keje yg lama belum siap lg.."due date" x lama lg..arghhh..

Hari Rabu..sambung balik lukis plan n barang yg di pesan sampai..sebelah petang main badminton untuk hilangkan stress..berbaloi jugak dtg bermain bersama staf..hilang la juga stress yg di bawa dari ofis..huhu

Khamis...hari paling best..dengan smartnye aku g keje hari ni, keje aku mengecat tadika..haha..maaf gambar x dpt di siarkan..tp enjoy hari ni..walaupun penat..tp aku puas..besok kene sambung lg..

Jumaat..x tau da..lain hari le aku citer..

Sunday, March 13, 2011

saban hari..semakin banyak dugaan dan cabaran yg terpaksa aku lalui..kerja semakin banyak bahkan tanggungjawab pun semakin besar..

ya Allah..jauhkanlah diriku dari sebarang perasaan bangga diri dengan apa yg aku miliki sekarang..tujuanku semata2 mengharap keredhaanMu ya Allah..hindarkanlah daku dari merasa benci kepada sesiapa sahaja samada dalam keadaan sedar ataupun tidak..aku bermohon kepadaMu ya Allah agar dilapangkan dadaku, cerdaskan akal fikiranku agar aku dapat berfikir secara waras dan permudahkanlah urusanku di dunia dan di akhirat kelak..amin ya Rabbal alamin..

alhamdulillah..semakin banyak yang aku pelajari sepanjang aku berada di sini ( LAKMNS ).. pahit,manis,susah dan senang telah ku rasai..tugas yang di amanahkan kepadaku pun sukar untukku gambarkan..agak berat namun aku tetap berusaha dan bersedia untuk menggalas amanah tersebut.. :)

insyaAllah aku akan cuba untuk memberi seratus peratus komitmen di sini walaupun aku hanya seorang pelatih..suka untukku nyatakan disini, aku sudah mula menyesuaikan diri dengan tugas yang di beri..komunikasi dengan setiap org disini dan sebagainya..

syukur padaMu ya Allah.. :)

Sunday, February 20, 2011

Tika Masanya..

jauh sudah tersasar
jauh ku lihat oh cahaya
melimpas waktu-waktu hidup yang kian tua
alunan suara merdu menyapa ruang sepi
menggegar gelita memanggilku kembali

tika masanya ku bertemu denganNya
tiba saatnya ku serahkan segala
pastinya ku kan terus melangkah
menuju cintaNya

putaran waktu tiada menunggu
takkan ku sia nafas usiaku
kerna ku tahu agungnya sinar kasihMu..

Wednesday, January 19, 2011

Bestnye hari ni..

bestnye hari ni...sb aku masih lg diberi peluang untuk meneruskan hidup untuk sekurang2 nya sehari..syukur sgt2..lain mcm smngt aku hr ni..bgn pagi terasa "happy" je..sblum ke tmpt kerja smpat juga menjenguk si "geboi", "qynan" n "uchu"..anak kucing da..

bestnye hari ni...sb dpt pengalaman baru..menghadiri majlis tandatangan MOU..sblum ni tgk dalam berita je..hehe..best juga sb dpt beramah mesra dgn staf trutamanya staf yg jarang disapa..tukar2 pandangan, info pasal keja..

bestnye hari ni...mmber ajak mkn kat mcD..mkn burger pun ok la.."then" skit perut..uhuhu..nk men bowling..tp x bleh sb msa x m'izinkan...x ksah la..next week boleh kot..xlme lg ade pertandingan bowling staf..nk training dlu amik "form"..

bestnye hari ni...design cop ku hampir siap.."final touch" je..moga2 diterima..tp ada task lain plak..design sticker..insyaAllah akan ku usahakan yg terbaik..

bestnye hari ni...msih t'bwa2 kenangan hari semalam.."team" kitorg menang maen bola..sejarah tu!!..dpt kalahkn "team" yg jauh b'pnglmn, yg "training" hari2.."team" kitorang??belasah je..yg pnting enjoy..

bestnye hari ni...staf2 tmpt kerja ku dtg mkn mlm d rumah..klu t'tamu dh dtg mst la di hidangkan jamuan terbaik..mknn biasa2 je..aym pngg..nyum2..dpt borak2..gelak2..

bestnye hari ni...aku rs aku suka kat seseorang la.. :P

Wednesday, January 12, 2011

Pindah Opis daa..

hari ni aku telah di tempatkan d opis baru..semuanya baru bagiku walaupun meja dh usang..haha jadi budak baik hari ni sebab pendiam berbanding opis lama.. mungkin belum ada keserasian dengan staf baru kot.. lagi satu tugasan aku siap cepat hari ni sb x di ganggu "budak2 nakal"..haha

"oo tedah"..

bila dah d opis baru, banyak plak tugasan nk kena buat.. tambahan tugasan yg diberi amatlah asing bagiku.. tp x b'makna aku x bleh.. lagipun sifu ada untukku menimba ilmu.. oh..silap2 boleh amik kelas tusyen mcm ni..haha.. x kisah la keja bnyk aslkan aku puas n "enjoy" dgn tugasanku.. ngeh3x...

Friday, January 7, 2011

Tiada Tajuk

hari ni ada p'lawanan p'sahabatan antara team A dan team B (huru-hara FC) hahahaha.. aku di masukkan dalam team B.. dok posisi penyerang.. ade la juga mengkucar kacirkan team A.. cuma aku xde "tuah" untuk jaringkan gol.. tambahan aku dh lame x joging sb tu la cpat pancit hehe.. dh la lumpur tebal, main pulak hujan renyai2 menambahkan kesengsaraanku untuk berlari haha.. separuh masa kedua pula aku di keluarkan.. ingatkan nk rest dlu minum rupa2nya kene jadi penjaga garisan.. ni la padahnya kalau mensia2kan peluang.. kan dh kena hukum..keputusan penuh team A menang 3-0.. ala baru 3 gol..x la bnyk sgt.. klu ada masa nnt kta "friendly" lg..

dh seronok2 siang, malam nya bosan dan ditambah pula dengan kaki yang sakit.. alahai kebuntuan idea nk wat ape hujung mnggu ni.. belum esok lg.. rugi klu disia2kan.. harap2 hujung mnggu ni member bw g memancing.. sekurang2nya boleh mengisi masa lapang.. tambahan tiada yang istimewa di hati..uhuhu.. dan sekali lagi persoalan...

.......
..........

nk wat apa hujung mnggu ni?? arghhh!!

Thursday, January 6, 2011

"Lunch Hour"

aku kembali hehe.."lunch hour" ni aku gunakan sebaiknya utk meng"update" karyaku..haha.. tatkala rakan stafku yang lain tengah menjamu selera, aku pulak dok kat ofis..mls nk kluar cari "port" makan..ade la 2 -3 org staf yg tgh dok baca akhbar.. sbenar nya aku pun x tau apa nk di ceritakan, tapi memandangkan aku beringin benar nk menjadi seorang "blogger", aku tetap juga akan menambah bilangan "post" kat sini..

hari ni meronda ke kelas tusyen untuk memantau sebarang kerosakan peralatan dan kelengkapan yang disediakan. tujuannya untuk memberi keselesaan kepada pelajar mahupun guru yang mengajar.. pengalaman ku hari ni pertama kali masuk bilik mandi jenazah.. agak besar dan sunyi sepi..memangla..haha..aku masuk dalam tu pun di sebabkan aku bersama beberapa staf meyimpan tab mandi jenazah..sekurang2nya ia satu pengalaman berharga bagiku kerana aku baru 4 bulan bekerja di sini..hehe..

sedar tak sedar 4 bulan dah aku menjadi pelatih di sini.. banyak pengalaman yang aku perolehi.. semakin hari semakin seronok bekerja bersama rakan2 staf yang "friendly".. alhamdulillah.. rsanya ckupla smpai di sini..kejap lagi nk sambung keje..nnt ada masa aku "update" lagi..insyaAllah.. jumpa lagi..

Tuesday, January 4, 2011

Salam Tahun Baru 2011

Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia..

2011 kini menjelma meninggalkan 2010 yang penuh dengan suka, duka, pahit, manis serta kejayaan mahupun kegagalan. Masih belum terlewat untukku mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada "blogger", "follower" dan pelawat blog ini. Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya aku berkesempatan mengemaskini kandungan blog ini setelah sekian lama ku biarkan. Seribu kemaafan kepada "follower" blog ini kerana aku telah memadam semua yang telah aku simpan dalam blog ini di atas sebab yang tertentu. Di harap ini merupakan satu permulaan baru dalam hidup aku sebagai seorang "blogger" dan pada masa yang sama terima kasih kepada rakan seperjuangan ku di atas dorongan dan sokongan mereka untukku terus berkarya dengan blog.