Thursday, March 17, 2011

Cepatnya Masa Berlalu..

hmmmm..cpat nya masa berlalu..sedar x sedar dh hari khamis..mggu ni sgt2 sibuk dengan tadika..kena siapkan itu dan ini n boleh dikatakan mggu yg "tough"..sb hari2 kena "push" dgn keje..muke pun stress jer mggu ni..biasa nya xla stress sgt..xpe..itu smua dianggap cabaran besar..

Hari isnin..lukis plan untuk tempat baru..memang pening kepala..banyak nk kene fikir..keselesaan, kos dll..sgt2 penat..

Hari selasa..melawat tadika..ada perbincangan untuk mengindahkan tadika tersebut dan membaiki segala kerosakan dan kekurangan..oh ada "task" baru lg..keje yg lama belum siap lg.."due date" x lama lg..arghhh..

Hari Rabu..sambung balik lukis plan n barang yg di pesan sampai..sebelah petang main badminton untuk hilangkan stress..berbaloi jugak dtg bermain bersama staf..hilang la juga stress yg di bawa dari ofis..huhu

Khamis...hari paling best..dengan smartnye aku g keje hari ni, keje aku mengecat tadika..haha..maaf gambar x dpt di siarkan..tp enjoy hari ni..walaupun penat..tp aku puas..besok kene sambung lg..

Jumaat..x tau da..lain hari le aku citer..

Sunday, March 13, 2011

saban hari..semakin banyak dugaan dan cabaran yg terpaksa aku lalui..kerja semakin banyak bahkan tanggungjawab pun semakin besar..

ya Allah..jauhkanlah diriku dari sebarang perasaan bangga diri dengan apa yg aku miliki sekarang..tujuanku semata2 mengharap keredhaanMu ya Allah..hindarkanlah daku dari merasa benci kepada sesiapa sahaja samada dalam keadaan sedar ataupun tidak..aku bermohon kepadaMu ya Allah agar dilapangkan dadaku, cerdaskan akal fikiranku agar aku dapat berfikir secara waras dan permudahkanlah urusanku di dunia dan di akhirat kelak..amin ya Rabbal alamin..

alhamdulillah..semakin banyak yang aku pelajari sepanjang aku berada di sini ( LAKMNS ).. pahit,manis,susah dan senang telah ku rasai..tugas yang di amanahkan kepadaku pun sukar untukku gambarkan..agak berat namun aku tetap berusaha dan bersedia untuk menggalas amanah tersebut.. :)

insyaAllah aku akan cuba untuk memberi seratus peratus komitmen di sini walaupun aku hanya seorang pelatih..suka untukku nyatakan disini, aku sudah mula menyesuaikan diri dengan tugas yang di beri..komunikasi dengan setiap org disini dan sebagainya..

syukur padaMu ya Allah.. :)