Thursday, January 6, 2011

"Lunch Hour"

aku kembali hehe.."lunch hour" ni aku gunakan sebaiknya utk meng"update" karyaku..haha.. tatkala rakan stafku yang lain tengah menjamu selera, aku pulak dok kat ofis..mls nk kluar cari "port" makan..ade la 2 -3 org staf yg tgh dok baca akhbar.. sbenar nya aku pun x tau apa nk di ceritakan, tapi memandangkan aku beringin benar nk menjadi seorang "blogger", aku tetap juga akan menambah bilangan "post" kat sini..

hari ni meronda ke kelas tusyen untuk memantau sebarang kerosakan peralatan dan kelengkapan yang disediakan. tujuannya untuk memberi keselesaan kepada pelajar mahupun guru yang mengajar.. pengalaman ku hari ni pertama kali masuk bilik mandi jenazah.. agak besar dan sunyi sepi..memangla..haha..aku masuk dalam tu pun di sebabkan aku bersama beberapa staf meyimpan tab mandi jenazah..sekurang2nya ia satu pengalaman berharga bagiku kerana aku baru 4 bulan bekerja di sini..hehe..

sedar tak sedar 4 bulan dah aku menjadi pelatih di sini.. banyak pengalaman yang aku perolehi.. semakin hari semakin seronok bekerja bersama rakan2 staf yang "friendly".. alhamdulillah.. rsanya ckupla smpai di sini..kejap lagi nk sambung keje..nnt ada masa aku "update" lagi..insyaAllah.. jumpa lagi..

Tuesday, January 4, 2011

Salam Tahun Baru 2011

Assalamualaikum wbt dan Salam Satu Malaysia..

2011 kini menjelma meninggalkan 2010 yang penuh dengan suka, duka, pahit, manis serta kejayaan mahupun kegagalan. Masih belum terlewat untukku mengucapkan selamat tahun baru 2011 kepada "blogger", "follower" dan pelawat blog ini. Bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izinNya aku berkesempatan mengemaskini kandungan blog ini setelah sekian lama ku biarkan. Seribu kemaafan kepada "follower" blog ini kerana aku telah memadam semua yang telah aku simpan dalam blog ini di atas sebab yang tertentu. Di harap ini merupakan satu permulaan baru dalam hidup aku sebagai seorang "blogger" dan pada masa yang sama terima kasih kepada rakan seperjuangan ku di atas dorongan dan sokongan mereka untukku terus berkarya dengan blog.